Sunday, 1 January 2012

City Hunter!!..



Hello !! Hello !! korang pernah tengok City Hunter ?? Yes, Lee Min Ho berlakon. Sape Lee Min Ho ? Takkan la tak kenal kot. Ala, yang berlakon dalam citer Boys Over Flower tu la :P. Ceit, sape tak kenal kan ?? Yes, citer ni memang daebak. Advance la gak an ?? Saye nak jadi macam Lee Yun Seong bile besar --> Hacker :O. (Gile IT).
Drama ni ade 20 episode kot. Dah tak ingat da. Eh, betulla. 20 Episode. Mase episode 19 tu memang nangis ye,ye sebab Prosectur tu mati T.T. Citer die ni pasal Lee Yun Seong (Lee MinHo) nak revenge kat orang-orang yang bunuh bapak die, last-last die dapat tau tu bukan bapak die and bapak die tu President and still alive. So, ape gunenye die balas dendam kan walaupon bapak die masih hidup ? =..=. Ohh siannye. Tak paham ?? Tengok je la citer ni.
Ohh yeah, Goo Hara yang KARA tu, ala girlfrind Junhyung laa, ade berlakon jugak dalam citer ni (y). Die ni kire, adik tiri Lee Yun Seong la. Memule die tergile-gile kat Lee Yun Seong pastu die tersuke kat Prosectur tu :O. K, done.


Alright, Dream High pulokk :O. Gambar kat atas tu mase Dream High yang first punye. K, dorang kate Dream High 2 Jiyeon, Jinwoon sesape la kan berlakon. Memule cam, why why ?? (lagu BTD). Asal tukar actress ?!!! Bile pikir-pikir balek la kan, elok la gak tukar actress. Takkan la nak tu tu je kan ?? Kan mase ending die kan dorang semua dah success, Eun Jung jadi cekgu kat sekolah tu :3
Kire Dream High 2 ni, junior dorang la kan ? Ok, can't wait ! Dorang kate awal tahun depan Dream High tu ni kluar. Ok, PMR. Takyah excited sangat pasal PMR la kan ? Mereka semua kecoh pasal PMR. Lepas PMR kan boleh tengok drama-drama korea ? :P . Ape yang best nye, freedom awal XP. Kay, tak best. Saye cukup jelly dekat senior senior yang dapat straight A :| .
Sambung balek. Actress die, Taecyeon & Wooyoung [2PM], Suzy [Miss A], Eun Jung [T-Ara], IU and Kim Soo Hyun. Memule konpiden sangat la kan Suzy jadi ngan Taecyeon, last-last die ngan Kim Soo Hyun =..=. Part Taecyeon kiss Suzy tu, agak-agak la kan ? Dah habes.

Asal panjang sangat weh ? Asal hari ni tetibe rajin menaip ? :O. Sekarang ni tengah tengok Heartstrings (y). Sambil-sambil tunggu loading la kan, update lah :P. Minhyuk sini nampak comel (y). Kalau korang nak tengok drama-drama Korea, korang boleh tengok kat --> maaduu.com | epdrama.com | dramacrazy.net. For HOTTEST, korang tak leh tengok kat epdrama. Ingatkan awal-awal ni :P. K, bye ! (Ini post yang terpanjang ku agak :O)

Ketagih Dengan Blog? Patut Ker?


.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


Ponn .. Ponnn .. Pon .. Cik Qieysz Tommpangg lalu nehh . Datang sini nak postkan muatan yang berat - berat . Harap korang sabar , singgah and baca yer . ^^



 Persoalannya Sekarang Ni :

KETAGIH DENGAN BLOG ? PATUT KE ?


 Apa pendapat korang . Patot ke takk . If tak patot , apa sebab nya ? Apa implikasi disebalik ketagihan ini ? Ada faedah ? Ke , ciket pun tak de ? lalalalalala~ Jom kita hayati situasi di bawah ! ;)




 


So , macam mana ? Paham kan situation dekat atas neyy ? Tengok lah tuh , budak - budak zaman sekerang , yang ketagih sangat ber-blog . Sampai benda yang penting dilaksanakan mereka abai macam tuh jer .


Ishk . Korang ! Actually , nak berblog boleh jer . Memang tak salah . Banyak jugak faedahnya bila kita berblog . Ye dakkk ? Tapi  , nak ber-blog pun , berpada - padalah . Ingat sama tanggungjawab kita sebagai seorang anak , seorang pelajar , seorang umat Islam . Jangan abaikan masa depan kita denganTERLALU KETAGIH dengan blog . Tak boleh la macam itu . Ni takk 24 jam asyik nakk online je . Blogwalking sana - sini . Ishk.Ishk . Qieysz sekadar nak nasihat je . So , sekarang nih , korang pandai - pandai lah divide masa tu . Jangan terlalu banyak sangat berada di depan laptop tu .. okeyyy ??
Gud Girl / Gud Boy ^^

Rahsia Di Sebalik Ekor Kucing


.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v



Credit : Nizarazu


Hey . kihkih#  Siapa suka kucing dekat sini ? Korang ada bela kucing tak . Qieysz tahu , ramai jugak yang suka akan kucing . Sampai ada jugak yang bela kucing di rumah nya sebanyakk tujuhpolohtujuh ekor kucing . hee ~


Memang tak dapat dinafikan , Qieysz pun macam korang jugak . Suka kucing . Qieysz ni sememangnya PENCINTA KUCING taw ? Kenape . Tak percaya ? Tengok nihhh :

Orang lain , kalau PENCINTA manusia , pelok manusia . Qieysz PENCINTA kucing . Pelok kucing pulak . HAHA .  So , boleh jugak diklasifikasikan sebagai PENCINTA KUCING . Kan ? kan ? hee.


Korang yang ada membela atau pernah tengok kucing , korang tahu ke , apa maksud tersirat di sebalik ekor kucing ? heikheik . Nak tahu takkk . Menarik tau . Tengok ni :




 

p/s : Haa . Dah nampak ? Dah tahu ? Lepas ni , if korang nampak ekoq diorang seperti gambarajah di atas , contoh yang last sekali tu . Ingat kena kejutan eletrik ke hape kan ? hahaha .  Cepat - Cepat korang cakap kat dia ... " Ohh ,  awak tengah marah.. ye !?" Kang dia mesti jawab , "Meeowww!!" Aku lapaqqq ar weyy , mana ikan rebus akuu?!"

...Erkk .... haha :D

Coklat Dapat Tingkatkan Memori Dan Halafan??


Hii !!
Tengok title Qieysz kali ini ! :)
Menarik tak ?? Menarik tak ??

heheheheh~
Kalau korang rasa title Qieysz kali ini menarik ..
Korang boleh baca dan amalkan ehh !
Qieysz saja2 nak share ngan korang..
Sebab baru-baru niyy . tempat Qieysz study..
Ada buat sesi perbentangan..
Salah SATU member Qieysz bentangkan tajuk niyh! haha :)
Qieysz korek siket2! Dan , memang terbukti lah !:)

COKLAT SEMEMANGNYA MENINGKATKAN MEMORI DAN HAFALAN!



Nyumm~Nyum~
Tengok coklat kat atas niyh.. rasa macam nak makan je !
Ewahhh ~
hehehehe.. Qieysz tak kata makan coklat yg kt ats ni....boleh meningkatkan memori korang..
Segala jenis coklat pun korang boleh makan untuk tingkatkan memori korang tuh . haha!~
Tadi , Qieysz ada godek2 kat Mr.Google ! and korang tngok !~
Kat bawah niyh, Qieysz nak share ciket kelebihan coklat ni yea! :))

:60:Dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan
:60:Dapat membantu menajamkan mata dan minda
:60:Dapat bantu korang memulihkan keletihan saraf
:60:Dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
:60:Dapat meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan


Wah wah ! :) Banyak kan , kelebihannya! :)
ngee!~ :) Okeng..
Pada sesiapa yang nak tingkatkan memori . terutama pelajar sekolah ..
yang amik sejarah tuh.. boleh lah amalkan ! hehe!:)
Tetapi , jangan makan lebih-lebih pulak..
Japgi , penyakit lain pulak yang datang ! hehehe.
Chill yea~

Daa~

1,2,3"Boyfren Cabutt Lariii" (Perhatin)


.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


Ok . ada perkara - perkara yang menyebabkan lelaki mengambil keputusan untuk meninggalkan dan menjauhkan diri daripada korang . Biarpun dia suka , sayang dan mencintai korang , namun kalau sikap korang tak seperti yang diinginkannya , lama - kelamaan dia menjadi semakin bosan ohh ~Akhirnya sedikit demi sedikit dia akan mencari jalan untuk terus jauh dari korang. Dekat bawah ni , Qieysz ada tunjukkan ciri-ciri lelaki yang akan cabut larikkk pecut 7 700 ratus ribu meter :)


1. Ewah ! Aku Je Ke Yang Keluar Duit ?!
Lelaki mana yang tahan setiap kali dating , asyik dia je yang nak kena bawak keluar duit tu , tak kiralah , duit minyak , tol , parking , makan , minum . Macam - macamlah . Ye takk ? Lama - lama bila dah kerap sangat , mulalah dia takut nak keluar dengan korang terutama waktu tengah nazak .  Harus diingat , duit bukannya datang dari langit ! >.<


2. Ishk ! Dok Call Banyak-Banyak Kali Kenapa Tak Tau ?!
Bagi lelaki , terlalu kerap berhubung baik menerusi telefon mahupun SMS boleh membosankan mereka. Ini kerana mereka suka dalam keadaan yang tenang dan menguruskan masa secara teratur. Misalnya , selepas pulang kerja , lelaki perlukan masa untuk berehat . Then , barulah akan call korang . Ni takk , yang perempuan asyik dok nak call 24 jam  je .Mana lah dia tak tension . Kan ? Relaks ah kawan . Dia tak kan ke mana-mana hehhh . Bahkan telefon sehari sekali pun dah memadai . Asalkan korang saling mempercayai ^^


3. Curigaaa ? Ishk . Jangan Macam Tuh !
Korang masih muda . Begitu jugalah dengan si dia. Jadi , korang dengan dia masih belum berkahwin , korang berdua masih berhak memilih jalan hidup sebagai orang single. Korang tak sepatutnya menghalang dia daripada melakukan apa- apa aktiviti yang disukainya . Sesekali , berilah ruang pada dirinya untuk bersama-sama dengan member diorang . Walaupun takut disambar orang , tetapi biarlah berpada-pada . hehe ^^v


4. You ni , Suka Sangat Merengek !
Yupp . I know , korang ni memang manja . Maybe ,si dia boleh paham korang tetapi keadaan akan jadi lebih parah kalau korang ni suka sangat merengek . Eeee . Gelilahh . haha . Contohnya , baru kena gegett nyamuk , merengek macam kena gegett ular . Korang kena ingat si dia mencari teman istimewa bukan mencari si anak kecil yang minta untuk dibelai-belai ^^


5. Suka Sangat Meraih Simpati !
Sememangnya menjadi tanggungjawab dia untuk menghiburkan korang di saat korang sedang bersedih . Namun janganlah perkara yang kecil pun sampai nak dibesar-besarkan hanya kerana mahu meraih simpati . Sekiranya selalu sangat bersedih dan setiap masa ada sahaja yang tidak kenanya , lama - lama dia akan bosan untuk pujuk korang . Manusia tahap kesabarannya ada had jugak kan ? ehee~


So , bagi perempuan yang tak nak boyfren nyer cabut larikkk buat pecutan 7 700 meter , ubah lah sikap tuh yer . Qieysz pun sama . Kena beringat - ingat jugakk . Peace ^_^v

Bila Cinta Semakin Hambar..


.Assalamualaikum.


Walaupun korang sayang cinta pada si dia, namun adakalanya korang akan tiba-tiba rasa jemu dan malas untuk bertuemu dengannya. Korang mesti terpikir kenapa jadi macam ni kan ? Dalam hati masih ada saying .. Akan tetapi si dia semakin hari semakin membutakan korang jadi bosan untuk bersama dengan nya.  Perasaan itu wujud dengan beberapa faktor. Namun , jangan terburu-buru putuskan hubungan korang dengan si dia tu. Korang perhatikan perkara yang Qieysz nak story kat korang ni dulu ye...

Stopp !! PERTAHANKAN !

Kurang Variasi
Setiap kali korang ber-dating..korang Cuma akan dibawa ke satu tempat sahaja atau mungkin Cuma di rumah berbual-bual sambil menonton TV. Siapa pun akan jemu akan dah jadi rutin harian. Macam Qieysz jugak lah~Asyik2.. bila nak sembang.. Asyik dia nak dating rumah je. Bosan .Bosan.Bosan. Ok ! Sebaiknya korang ajaklah si dia bertukar tempat misalnya pergi jalan2. Pergi tepi pantai ke. Tak ke romantik tuhh .. Tak pun selalu ajak si dia pergi keluar makan kat mana-mana. Tak de lah bosan sgt . hehe =) kan ? kan ?

Terlalu lama
Mungkin korang dengan si dia terlalu lama bercinta. Sebelum ni , percintaan korang hanya bertahan  paling lama pun dalam enam bulan.. tetapi dengan si dia sudah lebih setahun. Tenang ! Sabar ! Ini Cuma masalah untuk membiasakan diri. Lagi lama korang kawan .. lagi banyak lah korang kenali sifat-sifatnya.. termasuklah yang buruk-buruk.. Jadi , untuk membiasakan  diri dengan semua benda tuh.. ianya perlu mengambil masa yang lebih lama. Jadi bersabatlah dulu ya. Jangan betindak mengikutkan perasaan taw ! =)


Sering Bersama
Setiap hari korang asyik bertemu dengan si dia sehinggakan korang boleh menghafal jerawat yang ada di wajahya itu. Opsss ! hehe..Lama kelamaan korang mesti akan rasa bosan kan?? Jadi , sebaik-baiknya kurangkanlah berjumpa ye.Biar ada rindu di dalam hati.. barulah cinta makin hari makin membara.

Jarak Jauh
Sewaktu awal bercinta si dia selalu  dan sentiasa bersama korang kan. Namun tiba-tiba korang dengan si dia ‘terpaksa’ berpisah kerana si dia diarahkan untuk tukar tempat kerja. Korang pasti akan rasa jemu bila bersendirian kan ? Namun jangan membuat keputusan yang melulu untuk berpisah. Nantikan korang boleh bertamu lagi. So sabar dan pertahankan cinta korang tuh ok .? =)

Cepat Bosan
Perghh ! Nampak sangat korang ni seorang yang cepat bosan. Tapi itu tak bererti korang tak sayang dengannya. Mungkin korang patut harus dan wajib belajar menepis perasaan bosan korang tu dan menghargai si dia untuk pertahankan perhubungan korang ni.

PUTUS !! PUTUS !! PUTUS !!

Masalah sama
Setiap kali korang dengan si dia bertengkar pasti kerana masalah yang sama dan kedua-duanya sukar untik mengalah. Contohnya, si dia selalu maran apabil korang tidak memberitahunya setiap kali korang sampai di rumah ataupun jarang menelefon korang untuk bertanya khabar. Kalau sudah masalah sama jugak berlaku , rasanya baik sahaja korang berpisah. Okengg .??

Suka Orang Lain
Arghhh !! Bahaya sangat . Korang jadi semakin malas berjumpa dengan si dia kerana si dia sibuk membayangkan orang lain . Tambah- tambah lagi orang ketiga ini lebih menarik daripada korangg. Kalau sudah jadi begitu lebih baik korang tinggalkan je dia dahulu sebelum korang ditinggalkan . Ada pahamm ? =) Gud !

Sifat Buruk
Si dia mempunyai sifat buruk yang sukar untuk korang menerimanya.Misalnya si dia suka bermanja-manja dengan semua kawan perempuannya . Biarpun sudah diminta unttuk berubah.. tetapi tetap begitu juga. Sayang memanglah sayang. Tapi sanggup ke korang tengook si dia asyik bermanja dengan orang lain ? Kalau sanggup tak pe lah .. Tapi kalau si dia sudah tidak dapat menghargai kita , buat apa kita tunggu lagi kan ? PUTUS je !!

Tiada Lagi Cinta
Sekiranya alasannya sudah jelas, tidak apa lagi yang perlu koran tunggu.Tidak ada  gunanya korang tetap bersama dengan si dia kalau dalam hati masing-masing tu tidak ada lagi cinta. Buangkan jauh-jauh hasrat hati korang tu untuk mempertahankan hubungan percintaan korang dengan si dia . Okengg ? Chill ! ~

Saya Suka Dia Ker,,,Cinta Dia Erkk??


.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v





Kebanyakan orang apabila diajukan pertanyaan perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing - masing sama ada cinta atau suka , pasti mereka akan terdiam dan serba salah . huhu . Tak tahu jawapan mana satu yang tepat ! Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama jugak ada rasa suka . Namun harus diingat cinta dan suka adalah dua benda yang berbeza . Diakui , ramai yang kelirudengan istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perkara tersebut . 

Kat bawah ni Qieysz akan senaraikan perbezaan antara cinta dan suka . Jadi , apa yang korang tunggukan lagi . Cepat ! Bandingkanlah di mana perasaan korang sekarang terhadap si dia :)


Di hadapan orang kita cinta , hati kita akan berdegup kencang ...
Tapi di depan orang yang kita suka , hati kita akan gembira ...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta , kita akan kaku ...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka , kita akan tersenyum ...


Di depan orang yang kita cinta , lidah kelu untuk berkata - kata ...
Di depan orang yang kita suka , lidah bebas berkata apa sahaja ...


Di depan orang yang kita cinta , kita menjadi malu ...
Di depan orang yang kita suka , kita akan tunjukkan diri yang sebenar ...


Bila orang yang kita cinta menangis , kita akan turut menangis ...
Bila orang yang kita suka menangis , kita akan turut membuat dia gembira ...


Di depan orang yang kita cinta , kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan tergoress ...
Di depan orang yang kita suka , kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan korang dan si dia .


Perasaan cinta bermula dari mata , 
Perasaan suka bermula dari telinga ...